
Perkhidmatan PERCUMA dan IKHLAS yang disediakan untuk menolong anda dalam persoalan-persoalan berikut :
ü Belajar dengan lebih berkesan.
ü Pelajaran.
ü Merancang kerjaya masa depan.
ü Ujian personaliti.
ü Merancang jadual belajar.
ü Sukar bergaul dengan kawan
ü Berpandangn negatif.
ü Tidak berminat untuk belajar.
ü Masalah rokok dan dadah.
KAUNSELOR ?
ü Sangat mendengar persoalan pelajar.
ü Menerima pelajar tanpa syarat.
ü Merahsiakan apa yang pelajar kongsikan.
ü Menghormati diri pelajar sebagai seorang individu.
ü Sedia berjumpa dengan pelajar pada bila-bila masa yang ditetapkan
PERTOLONGAN INI DIJALANKAN ?
ü Pertolongan akan diberi secara KAUNSELING INDIVIDU atau KAUNSELING KELOMPOK.
ü KAUNSELING INDIVIDU adalah pertemuan pelajar dengan kaunselor sahaja.
ü KAUNSELING KELOMPOK adalah pertemuan anda dan rakan-rakan anda dengan kaunselor.
ü Segala perbincangan dan maklumat yang anda berikan adalah dirahsiakan oleh kaunselor pelajar
ü Pertemuan anda dengan kaunselor akan diadakan di bilik kaunseling, jauh daripada gangguan dan tidak boleh didengar oleh orang lain.
ü Segala perbincangan dan maklumat yang anda berikan akan dirahsiakan.
ü Hanya anda dan kaunselor sahaja yang mengetahui masalah anda.
BERJUMPA DENGAN KAUNSELOR ANDA ?
ü Datang seorang untuk Kaunseling Individu atau bersama-sama rakan untuk Kaunseling Kelompok.
ü Datang memberitahu kaunselor satu tarikh yang tertentu untuk sesi kaunseling
ü Mengisi Borang Temujanji Sesi Kaunseling yang boleh didapati di bilik kaunseling.
ü Menggunakan peti kaunseling.
PENGALAMAN YANG ANDA BOLEH PEROLEH MELALUI KAUNSELING ?
ü Kesedaran Kendiri tentang kekuatan dan kelemahan pelajar.
ü Melihat kejujuran, keberanian dan sikap terbuka pelajar.
ü Melatih bagaimana menyelesaikan masalah dalam kehidupan.
ü Mempunyai perasaan positif dan simpati terhadap orang lain.
ü Merasakan diri pelajar difahami oleh orang lain.
ü Rasa tanggungjawab terhadap orang lain.
ü Mengembangkan bakat, minat, kebolehan dan potensi pelajar.
ü Lain-lain...
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Yang Ditawarkan
Kaunseling Individu
Peribadi
Akademik
Keluarga
Kerjaya
Kesihatan
Dadah
Kelompok Kaunseling
Kelompok Bimbingan
Kelompok Dinamik
Kelompok Kepimpinan
Akademik
1. Penerangan mengenal pensijilan terbuka
2. Kemahiran Belajar
i. Membaca
ii. Mencatat
iii. Mengambil nota
iv. Mendengar
v. Mengingat
vi. Mengulangkaji
vii. Kemahiran berfikir
3. Kemahiran Pengurusan Masa
4. Kemahiran Pengurusan Diri
5. Strategi Menghadapi Peperiksaan
6. Pengumpulan /Penyampaian Maklumat halatuju lepasan pelajar SPM dan STPM berhubung dengan peluang melanjutkan pelajaran di IPT dan pembiayaan pendidikan.
Kerjaya
1. Pendidikan Kerjaya
2. Mengenal Personaliti, minat dan nilai berhubung dengan pemilihan kerjaya.
3. Penyampaian maklumat pakej pensijilan terbuka berkaitan dengan matapelajaran elektif di sekolah menengah, kursus-kursus dan kerjaya lepasan SPM.
4. Institusi/agensi yang menyediakan kursus/latihan kemahiran lepasan SPM.
5. Maklumat Kerjaya
Psikososial & Kesejahteran Mental
1. Ujian/Inventori /Senarai Semak berkaitan dengan Psikososial
2. Merujuk Kad Maklumat Diri
3. Kemahiran Komunikasi
4. Kemahiran Asertif/Tegas Diri
5. Penyaringan Maklumat
6. Pengurusan Tekanan
7. Kemahiran Rohani
8. Kemahiran Membuat Keputusan
9. Kemahiran Pegawalan Diri
10. Kemahiran Aplikasi
11. Kemahiran Sintesis
12. Kemahiran Analisis Kritikal
13. Pengekalan penghargaan diri/self esteem
14. Perkembangan keremajaan
15. Konsep Kendiri
16. Pengendalian Kendiri
17. Program Orientasi
18. Program Lepas PMR
Keibubapaan
1. Komunikasi
2. Perkembangan Individu
3. Isu-isu kekeluargaan
3.1 Kepimpinan
3.2 Perkembangan remaja masa kini dan masa akan datang
3.3 Kerukunan dan kesejahteraan keluarga
4. Kemahiran Keibubapaan
Perkembangan Diri Pelajar
1. Kemahiran Komunikasi
2. Kemahiran penyelesaian masalah
3. Kepimpinan
4. Kemahiran tegas diri
5. Pembimbing Rakan Sebaya
6. Kemahiran sosial
7. Kemahiran pemilihan aktiviti keutamaan
8. Kelab
Pendidikan Pencegahan Dadah
1. Komunikasi
2. Perkembangan individu
3. Pendidikan kekeluargaan
4. Kemahiran asertif / tegas diri
5. Kemahiran sosial
6. Sikap benci kepada dadah dan inhalan
7. Pendidikan pencegahan
8. Maklumat tentang akibat buruk, sebab dan punca
Pendidikan Pencegahan HIV / AIDS
1. Komunikasi
2. Perkembangan individu
3. Pendidikan kekeluargaan
4. Kemahiran asertif / tegas diri
5. Kaunseling kekeluargaan
6 . Kemahiran sosial
7 . Pendidikan perkembangan seksual
8 . Pendidikan pencegahan
9 . Maklumat tentang sebab, punca dan akibat
Pengurusan dan Pentadbiran
1. Sistem fail
2. Borang-borang
3. Laporan aktiviti
4. Buku stok
5. Inventori/ soal selidik
6. Minit mesyuarat
7. Penyata kewangan
8. Rekod lawatan ke rumah
9. Rekod perkhidmatan luar
10. Rekod konsultasi ibu bapa
11. Rekod kelas ganti
12. Rekod kaunseling individu
13. Rekod kaunseling kelompok
14. Rekod kemasukan
15. Perancangan tahunan
16. Laporan tahunan
17. Rekod sesi kaunseling individu / kelompok
VISI, MISI DAN FALSAFAH PERKHIDMATAN B&K
VISI
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2010.
MISI
Untuk merialisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya;
• Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
• Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
• Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
• Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
• Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.
• Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar.
FALSAFAH
Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.