tukar warna


                 
tukar saiz tulisan mengikut keselesaan anda
+ + + + +
Gambar Sekolah Slideshow: Smkms’s trip to Bagan Serai (near Kamunting), Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kamunting slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Tuesday, 4 October 2011

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI KALANGAN REMAJA
 

Pengenalan Penyalahgunaan DADAH telah lama menjadi masalah di seluruh dunia. Impaknya bukan sahaja melibatkan individu terbabit, kaum keluarga dan komuniti, bahkan juga memberi kesan negatif kepada tahap sosio ekonomi sesebuah negara. Tren penyalahgunaan DADAH mulamenunjukkan perubahan dari DADAH yang berasaskan tumbuhan kepada DADAH jenis sinthetik iaitu dadah yang dicipta menggunakan bahan kimia tertentu untuk kegunaan tertentu.
Penyalahgunaan DADAH di Malaysia sudah berada di tahap yang membimbangkan dan merupakan masalah di negara ini dan mula mengancam golongan remaja. Senario di Malaysia menunjukkan peratusan penyalahgunaan dadah jenis sinthetik di kalangan remaja semakin meningkat dan keadaan ini membimbangkan kerana kaum remaja merupakan aset terpenting sesebuah negara. Memandangkan hakikat ini, perlu ada usaha pencegahan untuk membendung masalah ini dari kian merebak. Remaja perlu didedahkan tentang bahaya dadah sinthetik ini supaya mereka tidak berani mengambil sekali pun mencubanya.

 
PENGERTIAN DADAH
Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental. (Ringkasnya dadah didefinasikan sebagai sejenis bahan kimia yang memberi kesan ke atas otak dan fizikal.)

 
CIRI-CIRI DADAH
a. Menghasilkan kesan yang ketara ke atas sistem saraf pusat

 
disamping kesan fizikal.

 
b. Menyebabkan pergantungan fizikal dan psikologikal.

 
c. Menyebabkan keadaan tolerans iaitu satu keadaan dimana peningkatan dos dadah berkenaan diperlukan untuk menghasilkan kesan yang sama.

 
d. Mendatangkan kesan kesihatan yang merbahaya dan menganggu fungsi sosial individu terbabit.

 
, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan

APAKAH PENYALAHGUNAAN DADAH ?
Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ciri-ciri penyalahgunaan dadah adalah seperti berikut:

 
i. Penggunaan secara haram.

 
ii. Penggunaan diluar arahan dan tidak mengikut peraturan pegawai perubatan.

 
iii. Penggunaannya bukan untuk tujuan perubatan dan boleh memudaratkan kesihatan dari segi fizikal dan psikilogikal serta boleh menimbulkan masaalah sosial.
 
APAKAH FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KEPADA
SALAHGUNA DADAH
Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan atas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti berikut:-

 
1. Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.

 
2. Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.

 
3. Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.

 
4. Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.

 
5. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.

 
6. Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa.

 
7. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.

 
8. Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.

 
9. Kerana keporak perandaan rumahtangga.

 
10. Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak.

 
11. Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya.

 
12. Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan pengaruhnya.

 
13. Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama.

  
JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN

JENIS DADAH SEKSYEN KESALAHAN BERAT DADAH HUKUMAN/DENDA

  
  • Ganja 6 Memiliki Ke bawah 20gm RM 20,000/-atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya  
  • 39A (1) Memiliki 20gm keatas tetapi kurang daripada 50gm Tidak kurang 2 tahun penjara berat tidak kurang 3 kali dan tidak melebihi 10 kali.  
  • 39A(2) Memiliki 50gm ke atas tetapi kurang dari 200gm Penjara seumur hidup atau tidak kurang 6 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.
  • 6B Menanam pokok ganja Tidak kira berapa pokok Penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 6 kali
  •  39B Mengedar 200gm ke atas MATI  
  • Candu 9 Memiliki Ke bawah 100gm RM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
  • 39A(1) Memiliki 100gm ke atas tetapi kurang dari 250gm Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.
  • 39A(2) Memiliki 250gm ke atas tetapi kurang dari 1000gm Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.  
  • 39B Mengedar 1000gm MATI  
  • Heroin/ Morfin/ Monoacetyl Morphine 12(2) Memiliki Ke bawah 2gm RM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya  
  • 39A(1) Memiliki 2gm ke atas tetapi kurang dari 5gm Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.
  • 39A(2) Memiliki 5gm ke atas tetapi kurang dari 15gm Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.
  • 39B MENGEDAR 15gm ke atas - MATI
  • Ubat Batuk 9(1) Memiliki / menjual / menyimpan / mengedar - RM3,000/- atau penjara tidak lebih dari 1 tahun atau kedua-duanya  
  • Pil 30(3) Memiliki / menjual / menyimpan / mengedar - RM10,000/- atau penjara tidak kurang 4 tahun atau kedua-duanya
  • Syabu 12(2) Memiliki Kebawah 5gm RM20,000/- atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
  • 39A(1) Memiliki 5gm ke atas tetapi kurang dari 30gm Tidak kurang 2 tahun penjara dan sebatan tidak kurang 3 kali tetapi tidak lebih 9 kali.
  • 39A(2) Memiliki 30gm ke atas tetapi kurang dari 50gm Penjara seumur hidup atau tidak kurang 5 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.
  • 39B MENGEDAR 50gm ke atas atau lebih - MATI

 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...