SIMPANG EMPAT SEMANGGOL, PERAK
Januari 1962
Asas penubuhan sekolah ini bermula dengan menumpang di bangunan Ma',had Al-Ehya Assyarif, Gunung Semanggol. Terdapat sebuah kelas yang menampung 22 orang murid dengan seorang guru. Pada tahun 1964, seramai 25 orang pelajar sulung sekolah ini telah mengambil peperiksaan LCE, 23 orang telah mendapat keputusan yang cemerlang. Pada tahun
1965 akibat petambahan pelajar, sekolah ini berpindah dan menumpang di SRJK (Cina) Chong Wah, Simpang Empat. Pada tahun 1966, oleh kerana bilangan pelajar bertambah, sebahagian mereka menumpang di SK Sungai Kepar. .Pada tahun ini juga, sekolah ini di namakan Sekolah Menengah Sungai Kepar. Kerja-kerja pembinaan dijalankan atas sebidang tanah seluas 10 ekar di Jalan Gula.
1 Oktober 1967
Bangunan sekolah ini siap.dibina. Nama sekolah ini turut ditukar menjadi Sekolah Menengah Rendah Mudzaffar Shah, sempena nama DYYM Sultan Perak yang pertama. Pada tahun 1973 nama sekolah ini ditukar menjadi Sekolah Menengah Mudzaffar Shah kerana terdapat pelajar-pelajar sehingga tingkatan lima. Pada tahun 1974, kelas aliran sains dibuka bagi memudahkan pelajar-pelajar terus belajar tanpa berulang ke Taiping.
1984
Bangunan baru dibina lagi, bagi menampung pertambahan pelaiar. Bangunan ini dikenali sebagai bangunan Dato' Seri Najib Bin Tun Abdul Razak sempena lawatan beliau ke sekolah ini Kelas Tingkatan Enam dibuka pada tahun 1989. Pada 18 Ogos 1990 Yang Berhormat Tuh Muda Dato' Dr. Abdullah Bin Che Wan hadir ke majlis penyampaian hadiah. Pada 22 September 1990 Yang Berhormat Dato Seri Anuar bin lbrahim, Menteri Pendidikan meyampaikan ceramah dalam Proiek Komuniti Pendidikan Anjuran PIBG sekolah. Pada 23 Julai 1996, Hari Anugerah Kecemarlangan Akademik dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia.
Kedudukan dan perkembangan SMK Mudzaffar Shah
Bil Guru / Staf Akademik : 107 orang Guru-guru terlatih mengikut opsyen
Bilangan Pelajar : 1300 orang (90% Melayu, 7% India, 3% Cina)
Staf Sokongan : 16 orang
Bilangan Kelas : 47 kelas (Tingkatan 1 – 6 Atas)
VISI SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Mudzaffar Shah Berkualiti Menjelang Tahun 2011
MISI SEKOLAH
- Pemantapan Pengurusan & Kepimpinan yang efisien lagi efektif
- Menghasilkan 40% pelajar mendapat gred A bagi setiap mata pelajaran, 100% lulus semua mata pelajaran dalam peperiksaan PMR & SPM serta 100% mendapat prinsipal dalam STPM.
- Pelajar mendapat sekurang-kurangnya temppat ke3 dalam setiap pertandingan yang disertai.
- membentuk pelajar berdisiplin tinggi, berakhlak mulia, berketrampilan serta dapat menyumbang kepada kesejahteraan keluarga serta negara.
- Memastikan pembangunan prasarana yang berkualiti dan mencukupi untuk keselesaan warga sekolah.
- Menjalinkan hubungan yang mesra dan berkesan dengan pihak luar.
USAHA TUMPU JAYA
ITULAH MUDZAFFAR SHAH
MENABUR BUDI DAN JASA
BERBAKTI UNTUK BANGSA
USAHA TUMPU JAYA
ITULAH COGAN KATA
JADI PETUNJUK
SETIAP MASA
KEMEGAHAN NUSA
DAN BANGSA
ITULAH MUDZAFFAR SHAH
MAJULAH TERUS MAJU
TABUR BAKTI
DI SETIAP MASA
KAMI SANJUNG JASAMU
USAHA TUMPU JAYA
ITULAH COGANKATA
JADI PETUNJUK
SETIAP MASA
KEMEGAHAN NUSA
DAN BANGSA
Tanjak/Tengkolok
Melambangkan kebesaran Sultan yang memerintah
Mudzaffar Shah
Sempena nama Sultan Perak Pertama
SMKMS
Nama singkatan sekolah
Obor Merah
Tekad Keazaman yang kukuh
Buku
Budaya membaca budaya ilmu
USAHA TUMPU JAYA
Cogan Kata Sekolah (motivasi)
Perisai
Benteng Keselamatan diri
Melambangkan kebesaran Sultan yang memerintah
Mudzaffar Shah
Sempena nama Sultan Perak Pertama
SMKMS
Nama singkatan sekolah
Obor Merah
Tekad Keazaman yang kukuh
Buku
Budaya membaca budaya ilmu
Kuning
Warna rajaUSAHA TUMPU JAYA
Cogan Kata Sekolah (motivasi)
Perisai
Benteng Keselamatan diri
Padi berwarna kuning
Semakin berisi semakin tunduk (ilmu) Warna biru tua
Lambang semangat juangWarna hijau
Kebersihan dan kesejahteraanPengetua-pengetua yang telah menerajui sekolah ini sejak penubuhannya...
- EN.BADRUL ZAMAN B HJ HASSAN 1962
- EN.ROZAINI B AHMAD 1963
- EN.ABDUL AZIZ B KADIR 1963-1971
- TN.HJ MOHD KASSIM B ABDULLAH 1971-1979
- EN.SHAHROM B HJ ASHA'ARI 1979-1981
- EN.SALLEH B HUSEIN 1981-1983
- TN.HJ ABD HALIM B ABD AZIZ 1983-1988
- TN.HJ MOHD ZAINI B ZON 1988-1990
- EN.MOHD SADLI 1990-1998
- PN.HJH YASMIN BEE BT ABDULLAH 1998-2005
- PN.HJH HATON BT IDRIS, PPT 2005-2009
- PN.HJH ZARIAH BT JOHARI, AMN JAN-JULAI 2010
- PN.HJH SALMAH BT ABDULLAH SHAKUR NOVEMBER-OGOS
- MEJAR (B) ABD RAHMAN B MAMAT SEPTEMBER-SEKARANG
.
gambar bangunan dan landskap sekolah mudzaffar shah