tukar warna


                 
tukar saiz tulisan mengikut keselesaan anda
+ + + + +
Gambar Sekolah Slideshow: Smkms’s trip to Bagan Serai (near Kamunting), Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kamunting slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Tuesday, 4 October 2011

MASALAH DISIPLIN DIKALANGAN PELAJAR

Salah laku PONTENG

- Seseorang itu dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab pada hari persekolahan.

Jenis ponteng

- Ponteng sekolah
- Ponteng kelas
- Ponteng perhimpunan
- Ponteng aktiviti kokurikulum
- Ponteng ujian
- Ponteng peperiksaan
- Ponteng asrama


Kesan ponteng kepada diri sendiri

- Hilang keyakinan untuk terus cemerlang
- Sukar menguasai pelajaran
- Keciciran dalam pembelajaran
- Gagal dalam pelajaran
- Terjebak dengan pelbagai gejala sosial
- Menjadi sampah masyarakat
- Mengecewakan harapan keluarga
- Lari dari rumah
- Terlibat dengan gengsterisme
- Tidak berpeluang mendapat kerjaya yang baik pada masa akan datang

Bagaimana menghindari ponteng?

- Tanamkan rasa sayang kepada sekolah anda
- Melibatkan diri dalam aktiviti sekolah
- Memanfaatkan kemudahan sekolah yang disediakan seperti bilik darjah, pusat sumber, makmal, kantin, padang permainan dan bilik-bilik aktiviti
- Membuat perkara yang disukai oleh guru
- Bergaul dengan kawan-kawan yang baik akhlaknya


Salah laku MEREMPIT

- Merempit ialah perbuatan golongan belia menunggangmotosikal dalam aksi dan keadaan tanpa mengikut peraturan lalu lintas.



Kenapa merempit itu salah?

- Memandu tanpa lesen
- Memandu dalam keadaan merbahaya
- Terlibat dalam lumba haram
- Memandu melebihi had laju
- Memperagakan aksi merbahaya
- Tidak menghiraukan lampu isyarat
- Mengganggu lalu lintas yang lain
- Tidak mengikut arahan polis atau JPJ untuk berhenti dan menjalani pemeriksaan
- Mengubahsuai kenderaan tanpa mematuhi undang-undang


Gejala yang timbul berkaitan merempit

- Merokok
- Ponteng sekolah
- Menyalahgunakan dadah
- Pergaulan bebas
- Minuman keras
- Bertaruh
- Bergaduh
- Samseng jalanan / gengsterisme
- Menyerang anggota polis
- Berdendam
- Mengamalkan seks bebas
- Meragut
- Merogol
- Merompak berkumpulan
- Menjadi penonton lumba haram


Akibat

- Kemalangan maut
- Kecederaan atau cacat seumur hidup
- Mati dalam keadaan sia-sia
- Menyebabkan kematian orang lain
- Motosikal dirampas oleh pihak berkuasa
- Mengecewakan keluarga

Bagaimana menjadi pengguna jalan raya yang baik?

- Memiliki lesen menunggang motosikal
- Memakai topi keledar dengan sempurna
- Bersopan di jalan raya
- Memandu dengan berhemah
- Bersimpati terhadap pengguna jalan raya yang lain
- Patuh kepada lampu isyarat dan papan tanda
- Mematuhi arahan pihak berkuasa
- Kunci motosikal apabila tidak digunakan
- Menyelenggara motosikal dengan baik

Bagaimana membanteras merempit?

- Didik murid mulai sekolah rendah
- Kerajaan kendaklah melaksanakan undang-undang yang lebih ketat
- Mengalihkanpandangan murid remaja dan awal dewasa kepada aktiviti lain yang bermanafaat

Pemantapan Disiplin
Disiplin ditakrifkan sebagai sikap positif berasaskan nilai-nilai murni yang membantu meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
Asas disiplin ialah keazaman untuk melakukan yang terbaik bagi mencapai kecemerlangan diri dan kecemerlangan akademik.

kriteria disiplin

- Kesedaran dan keazaman untuk Berjaya
- Menghargai jasa dan menghormati ibu bapa dan guru-guru
- Amanah apabila menerima dan bertanggungjawap apabila melaksanakan tugasan yang diberikan ibu bapa dan guru-guru
- Menggunakan keupayaan komunikasi yang baik supaya pergaulan social boleh diterima oleh masyarakat
- Bersopan santun dan beradab dalam pergaulan
- Membina daya kreativiti yang tinggi
- Sayang akan sekolah

Mendisiplinkan diri

Mendisiplinkan diri melibatkan tindakan dan mencegah salah laku, baik di sekolah mahupun di rumah. Pengukuhan disiplin boleh dilaksanakan melalui cara dan amalan berikut:

  Cara mendisiplinkan diri

  • Kenal pasti masalah diri dan focus kepada penyelesaian masalah tersebut (akademik, emosi dan sosial)
  • Gunakan cara penuh kemesraan apabila berkomunikasi atau berbincang dengan guru dan rakan-rakan
  • Jadikan ibu bapa dan guru-guru sebagai tempat rujukan apabila berhadapan dengan sebarang masalah
  • Jauhi gejala disiplin
  • Menanam minat mendalam terhadap kerjaya pilihan



 Amalan berdisiplin

  • Mengajak rakan-rakan berbincang mengenai pelajaran dan peraturan sekolah (baik bilik darjah mahupun peraturan diluar bilik darjah)
  • Memupuk keyakinan diri supaya berani meluahkan perasaan dan
Menyatakan pendapat peribadi kepada guru-guru
• Bersikap perhatin terhadap masalah murid lain, memberi nasihat dan mambantu menyelesaikan masalah murid tersebut.
• Bersikap prihatin terhadap masalah murid lain, member nasihat dan membantu menyelesaikan masalah murid tersebut
• Menyertai program sekolah yang melibatkan murid, ibubapa dan guru-guru
• Menyertai program berkaitan kerjaya pilihan

 Kesimpulan

  • Kesedaran dan keazaman yang tinggi untuk mencapai kecemerlangan dan kepatuhan kepada peraturan sekolah akan mengukuhkan disiplin diri

Hak dan tanggungjawab murid

 Murid berhak mendapat pendidikan yang terbaik.
 Murid mestilah sentiasa berkelakuan baik dan menghormati guru-guru.
 Murid berhak menonjolkan potensi diri.
 Murid mestilah sentiasa mendapatkan pandangan dan panduan guru mengenai minat mereka,supaya guru dapat membantu menyuburkan potensi tersebut.
 Murid berhak mendapat perlindungan undang-undang daripada segala bentuk gangguan semasa di sekolah.
 Murid mestilah menjaga keselamatan,maruah diri dan menjauhkan diri daripada gejala disiplin.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...