Teknik Menjawab Soalan Objektif
(i) Tenangkan hati, yakin diri ANDA BOLEH menjawab peperiksaan dengan cemerlang. Tarik nafas tenang (calm breathing). Fikirkan bahawa boleh melakukannya
(ii) Lihat berapa banyak soalan dan berapakah masa yang diperuntukkan. Bahagikan masa dengan bijak dan elakkan diri daripada terperangkap dalam perangkap masa.
(iii) Baca arahan soalan terlebih dahulu.
(iv) Tandakan katakunci yang terdapt dalam soalan seperti kecuali, semua dan kenyataan benar atau salah.
(v) Baca soalan dengan teliti dan fahamkan. Jika terdapat sebarang kemusykilan, Tanya pengawas peperiksaan yang bertugas. JANGAN MALU BERTANYA.
(vi) Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu serta tandakan soalan yang sukar.
(vii) Baca kesemua pilihan jawapan walaupun pada ketika itu anda sudah tahu jawapanya. Kadangkala terdapat pilihan jawapan yang hampir-hampir sama. Jadi anda perlu berhati-hati.
(viii) Jawab solan yang sukar setelah anda selesai menjawab soalan yang mudah.
(ix) Semak semula jawapan anda setelah anda selesai menjawab.
Apa Yang Dilakukan Jika Tidak Pasti Jawapan
(i) Potong pilihan jawapan yang memena andatahu salah dan tidak munasabah.
(ii) Setelah anda ketepikan semua pilihan jawapan yang tidak munasabah, pilih jawapan yang anda rasakan paling tepat. Gunakan gerak hati anda.
(iii) Anda juga merujuk soalan dan pilihan jawapan sebelumnya. Kadang kala terdapat maklumat yang boleh membantu anda menjawab soalan tersebut.
Gambar Sekolah Slideshow: Smkms’s trip to Bagan Serai (near Kamunting), Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kamunting slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.
Wednesday, 12 October 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment